Anugerah LICTA Pemangkin Pembangunan Komuniti Usahawan
by master
Apr 11, 2021

KLANG, 11 April 2021 – Majlis Makan Malam Gala LICTA 2020 yang berlangsung secara gilang-gemilang di Hotel Wyndham Acmar merupakan majlis anugerah yang berprestij untuk meraikan pemenang usahawan Malaysia, sekali gus membina lebih banyak usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

186486532 1749995881854989 1628454671939727866 n
Barisan Tetamu Kehormat.

Perasmian majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Alexender Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama-sama tetamu terhormat YB Dato’ Haji Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), dan YBhg. Dato’ Lee Chee Weng, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA).

171045155 1719772691543975 7537089635383832652 n
YB Dato’ Sri Alexender Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ Sri Alexender menzahirkan rasa kebanggaannya terhadap usahawan dan ahli perniagaan dengan setiap pencapaian yang diraih kerana merekalah menjadi nadi dan benteng dalam pembangunan ekonomi negara. Sejajar dengan tema  aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), maka bertepatanlah hasrat kerajaan dalam usaha melakar hala tuju keusahawanan negara dengan menggariskan strategi penting ke arah sebuah negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030.

“Anugerah LICTA ini dilihat begitu signifikan dalam meransang pertumbuhan ekonomi negara. Dalam hal ini, saya bersedia membantu dan memberikan sokongan padu terhadap sektor perusahaan dan keusahawanan demi merealisasikan hasrat kejayaan bersama,” ujar YB Dato’ Sri Alexender.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA yang menjadi penggerak dalam menjayakan anugerah ini, YBhg. Dato’ Lee mengucapkan kata alu-aluan tahniah kepada pemenang dan syarikat kerana berani menyahut cabaran dengan menunjukkan minat yang tinggi untuk terlibat dalam pencalonan anugerah yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun sejak penganjurannya. Selain itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kerjasama yang menjadi tunjang utama dalam usaha mengangkat kredibiliti usahawan di Malaysia.

LICTA 2020 Gala Dinner Highlight 11 04 2021 thumbnail
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP.

Sementara itu, Datuk Abang Sallehuddin turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan penganjuran ini. Secara tidak langsung, DBP diberikan kepercayaan sebagai rakan sinergi selama tiga tahun berturut-turut oleh Syarikat SAHABAT SMI Consulting Sdn. Bhd., serta mengangkat majalah Dewan Ekonomi sebagai majalah rasmi acara ini.

AMA 9497 copy 1024x684 1
Seiring dengan pascapandemik COVID-19, anugerah LICTA 2020 pada kali ini bertemakan “Kebiasaan Baharu, Peluang Baharu”.
173976100 1719777374876840 7048207344236855646 n
Ahli jawatankuasa pemilihan LICTA.

“Penganjuran LICTA bukan sekadar suatu persembahan anugerah semata-mata, malah merupakan proses pengiktirafan bagi mengenal pasti pencapaian sebenar perusahaan dan usahawan yang cemerlang, tulen dan dipercayai, sekali gus pemenang yang diiktiraf pada malam ini mampu menjadi tokoh korporat berwibawa yang mampu memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk terus berjaya dalam bidang keusahawanan,” katanya.

181125768 1730353660485878 3552817087094829957 n 1
Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Agensi Pembangunan PKS Terbaik.
178078284 1730353580485886 7118213740266182244 n
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) – Agensi Pembangunan Sosioekonomi Terbaik.
177534212 1730353720485872 3022243239951503703 n
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad – Koperasi Terunggul Tahun 2020.
177919357 1730354013819176 7973395160549406668 n
PMB Investment Berhad
Syarikat Pengurusan Dana – Syarikat Pengurusan Dana Syariah Cemerlang.

“Walaupun menghadapi situasi dan krisis yang mempengaruhi kebanyakan perniagaan, percayalah akan ada cahaya di hujung terowong dan hari ini terbukti kita tetap berdaya tahan dalam menghidupkan kembali ekonomi Malaysia tatkala berhadapan dengan persekitaran perniagaan pascapandemik COVID-19,” tambah YB Dato’ Rashid.

Ternyata, penganjuran LICTA banyak melakarkan nama usahawan ke suatu jenama yang mempunyai akreditasi dan berkredibiliti, seterusnya mampu menjadi pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan pembangunan komuniti usahawan negara.


Extracted from original source: https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2021/04/12/anugerah-licta-pemangkin-pembangunan-komuniti-usahawan/

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News Post

Latest Article Post

Latest LICTA Post

More News Posts

More Article Posts

More LICTA Posts

Latest News Posts

Latest Article Posts

The 7 Business Loan Scenarios that SMEs are Facing Now

The 7 Business Loan Scenarios that SMEs are Facing Now

“The 7 Business Loan Scenarios that SMEs are Facing Now” – Dato Lee Chee Weng Most of the time, the loan rejection is not solely due to the shortcoming of the applicants. Instead, it could be attributed to the credit officers who are: 1)Bureaucratic; 2)Under...

Latest LICTA Posts

Your Preferred Funding Specialist & Business Advisor

Let us do the work for you!

Pin It on Pinterest